BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 9 January 2012

~Wasiat vs Hibah~

Assalamualikum w.b.t..


Anda faham dengan tajuk diatas??

Apa itu wasiat??apa itu hibah??samakah maksudnya??kalau berbeza,apa bezanya??

Wasiat adalah satu hasrat seseorang ingin mewasiatkan satu atau lebih hartanya kepada seseorang yang lain..apabila sudah meninggal..jelas atau masih kabur??ya pasti perlukan penjelasan lagi..sebagai contoh:Ahmad(simati,bapa kepada Aminah,Abu dan Ali)

Ahmad mempunyai 10 ekar tanah kelapa sawit..maka dia mewasiatkan 4 ekar tanah kepada Aminah dan selebihnya 3 ekar untuk Abu dan 3 ekar untuk Ali..secara faraidnya lelaki mesti lebih dari perempuan?benar kan?tetapi itu adalah wasiatnya..

Maka apabila Ahmad telah meninggal dunia,maka dibacakan tentang wasiat itu..apabila sudah mengetahui tentang pembahagian itu,Abu dan Ali terkejut mendengarnya dan mempers0alkan..kenapa Aminah mendapat lebih sedangkan dia perempuan??maka terjadilah pergaduhan antara waris dan secara langsungnya pr0ses pembahagian harta itu terhenti seketika dan akan dibaca semula nanti kerana adanya perselisihan antara waris..dan waris-waris ini minta dibicarakan di mahkamah..(situasi 1)


Hibah perlu bermaksud kita menghadiahkan seseorang dengan sesuatu ..sama seperti situasi diatas..

Ahmad mempunyai 10 ekar tanah kelapa sawit..maka dia menghibahkan 4 ekar tanah kepada Aminah dan selebihnya 3 ekar untuk Abu dan 3 ekar untuk Ali..secara faraidnya lelaki mesti lebih dari perempuan?benar kan?tetapi itu adalah hibahnya..

Maka apabila Ahmad telah meninggal dunia,maka dibacakan tentang hibah itu..apabila sudah mengetahui tentang pembahagian itu,Abu dan Ali terkejut mendengarnya dan mempers0alkan..kenapa Aminah mendapat lebih sedangkan dia perempuan??maka terjadilah pergaduhan antara waris dan secara langsungnya pr0ses pembahagian harta itu terhenti seketika dan akan dibaca semula nanti kerana adanya perselisihan antara waris..dan waris-waris ini minta dibicarakan di mahkamah..(situasi 2)

ok..situasi 1 dan situasi 2 apakah bezanya??nampak seperti sama kan??

Perbezaanya:
-situasi 1 selepas dibicarakan semula..Abu dan Ali masih tidak puas hati kerana masih sama wasiatnya..maka masih terbekulah harta simati..dan mahkamah memutuskan ikutlah sistem faraid..maka terbatallah wasiatnya kerana sudah jatuh kepada sistem faraid..~

-situasi 2 selepas dibicarakan semula..memang tetap hibah itu dan tidak akan jatuh kepada sistem faraid..Aminah tetap akan mendapat 4 ekar tanah begitu juga dengan Abu dan Ali masing-masing akan mendapat 3 ekar tanah..bicaralah dimahkamah rendah atau tinggi jika itu hibah simati kepada waris maka hibah itulah akan waris dapat..maka tidak bekulah ahrta simati..

PENYELESAINNYA!!!

Hibahkan lah harta itu sebelum terlambat dan sebelum harta anda terbeku..

Info:Hampir RM42 Billion Harta Peninggalan Orang Islam gagal dicairkan dan diagihkan kepada waris selepas kematian.Setiap tahun perkara ini berlaku kerana kepincangan pengurusan harta semasa hidup.Usaha bertahun-tahun mengumpul harta untuk tersayang akhirnya gagal dimanfaatkan oleh waris.



::tahukah anda ape itu perisai HARTA???::

Assalamualaikum w.b.t....


Tahukah anda apa itu perisai harta?

Maksud perisai harta ialah pagar kepada harta kita..cuba bayangkan jika rumah kita tanpa pagar?selamatkah kita yang tinggal di situ..l0giknya mudah atau tidak untuk haiwan-haiwan mahupun perompak untuk masuk..sepert kita membuka peluang kepada mereka masuk jika kita tidak memasang pagar..

Begitu juga harta kita,bukan senang untuk kita mengumpul harta itukan??siang malam bekerja..isnin sampai ahad bekerja..macam-macam dikorban untuk mengumpul harta itu..senang-senang sahaja ke kita mahu biarkan ia terus tidak selamat itu??

oklah saya tidak mahu untuk berceloteh panjang..jika mahu harta anda selamat..sile hubungi saya di talian..0173276109..Amirah Ihsan..~


Monday, 8 November 2010

Takaful

..dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..


..Alhamdulillah,akhirnya sampai juga hujung bulan..rasa-rasa dah masuk ke tidak ye..nak pergi buat lawatan rasmi la sekajap..yes,dah masuk pun..baki akaun anda rm????..fuhhh boleh laa shopping..shopping..shopping..nak beli handbag,purse,clothes and the most important thing make up kereta..

directed by naimi


..Alangkah bagusnya jika anda menyimpan hanya RM100 sebulan..ingat itu hanya rm100 tetapi boleh membantu anda dimasa hadapan..tidak mampu???macam pelik je..


Ketahui bagaiman dengan 10% dapat melindungi 100% pendapatan anda.

Anda simpan rm100.00,14 perkara akan disediakan

1)SIMPANAN PERSARAAN RM 40,000.00+lebihan AKP
(Ditempoh matang)

2)ELAUAN HARIAN HOSPITAL RM 80.00 SEHARI
(Sehinggan 365 hari)

3)PAMPASAN KEMALNGAN RM 20.000.00
(Hilang Anggota/Pembedahan)

4)DANA PENYAKIT KRITIKAL RM 20,000.00
(36 jenis/Dibayar sekaligus)

5)ELAUN CUTI SAKIT RM 50.00 SEMINGGU
(Sehingga 52 minggu)

6)DANA KHAS 1 RM 60,000.00
(Lumpuh/Hilang upaya akibat biasa)

7)DANA KHAS 2 RM 80,000.00
(Lumpuh/Hilang upaya akibat kemalangan

8)DANA KHAIRAT 1 RM 60,000.00
(Meninggal akibat biasa)

9)DANA KHAIRAT 2 RM 80,000.00
(Meninggal akibat kemalangan)

10)PAMPASAN BERGANDA RM 100,000.00
(Meninggal kemalangan semasa menaiki kenderaan awam
dan bangunan awam)

11)KHAIRAT SEGERA RM 1,000.00
(Tempoh 24 jam)

12)PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN YA
(SEHINGGA RM 6,000.00)

13)SEDEKAH JARIAH/KEBERKATAN YA

14)PENGELUARAN YA
(Pengeluaran AP selepas tahun ke-4)



banyak manfaat yang diperolehi dengan hanya menyimpan rm 100 sebulan..tidakkah anda semua mahu seperti ini..fikir-fikirkanlah..

sebarang pertanyaan boleh terus melalui saya..

sekian..



Monday, 1 November 2010

Takaful

..dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..


Definisi Takaful

Takaful atau kata dasarnya ialah kafala yang bererti untuk menjamin,menjaga atau memelihara.Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga.
sebagaimana firman ALLAH s.w.t:

maksudnya:''Maka dia (mariam)diterima oleh Tuhannya(sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan dibesarkan dengan didikan yang baik serta diserahkannya untuk dibela dan dipelihara oleh Nabi Zakaria...''

Surah Ali-Imran(3):37

Konsep Takaful

Pada asasnya sistem takaful berteraskan konsep kerjasama,tanggungjawab,jaminan,perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya.Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun(saling bekerjasama).

Dalam erti kata lain,ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan.Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan antuan pada mereka yang ditimpa musibah.agama Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasullah s.a.w yang antaranya:
1.Dalil Kerjasama:
''Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain''.

Diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dan Imam Abu Daud

2.Dalil Tanggungjawab:
''Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad,apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan,maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya''.

Diriwayatkan oleh
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

3.Dalil Saling Melindungi:
''Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah,tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi kirannya yang berada dalam kesusahan''.

Diriwayatkan oleh
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

Falsafah Takaful

Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan dibawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru' yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta didalam pelan/skim takaful yang berkenaan.

Dalam erti kata lain,takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugian yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian,kemalangan dan sebagainya yang menimpa di kalangan mereka.Dengan ini semangat takaful menekankan kepada kepentingan persaudaraan antara peserta.Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta takaful.

Aplikasi Takaful

Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insuran yang berasaskan Muamalat Islam,yang berlandaskan hukum Syariah.

Ia adalah melalui satu kaedah iaitu satu kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta menggemblengkan usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka,jika ditakdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa musibah.Melalui ini orang yang ditimpa musibah itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berupa sejumlah wang.dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau tanggunggan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan..

Antara golongan masyarakat zaman silam yang pertama mempraktikkan konsep perlindungan insurans seumpama ini ialah pedagang-pedagang Arab yang telah melaksanakanya sebelum kedatangan Islam.Mereka berdagang dengan merentasi padang pasir,membawa barang dagangan menggunakan unta,mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri secara kumpulan atau kafilah.Dalam mengharungi urusniaga ini mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya,musibah dan bencana seperti rompakan,ribut,padang pasir,pembunuhan dan lain-lain tragedi sehingga boleh menyebabkan bukan sahaja kerugian dan kehilangan barang dagangan mereka malah juga boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa pedagang-pedagang itu sendiri.

Bagi mengatasi atau meringankan beban ini,pedagang-pedagang Arab pada ketika itu telah saling berpakat antara mereka mengagih-agihkan barang dagangan kepada beberapa kafilah dan beberapa ekor unta.Oleh otu,jika ditakdirkan berlaku sesuatu musibah ke atas mana-mana kafilah atau unta yang mereka gunakan itu,kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami hanya sekadar terhad kepada kafilah atau unta yang malang itu sahaja.

Apabila Islam datang dan tertegaknya kerajaan Islam di Madinah,lanjutan daripada hijrah Rasullah s.a.w maka beberapa sistem yang diamalkan mengikut adat resam masyarakat Arab sebelum ini,tetapi tidak bercanggah dengan syariat Islam,ianya terus dikekalkan oleh Rasullah s.a.w.Dalam masyarakat Arab zaman silam,keakraban satu-satu kaum atau puak dapat dilihat daripada semua ahlinya yang bersetiakawan sebagai satu unit.Kehilangan mana-mana ahlinya dikira sebagai kehilangan kepada suku kaum atau puak yang berkenaan seluruhnya.Prinsip bantu-membanu dan saling berkerjasama ini telah diterap dalam sistem kehidupan mereka sehari-hari.

Dalam masyarakat Melayu,amalan tolong-menolong dan bantu-,embantu ini sudah lama dilaksanakan.Misalnya bagi meringankan tanggunggan kerja dan menjimatkan belanja,usaha bergotong-royong di kalangan penduduk sesebuah kampung memikul rumah yang hendak dipindahkan itu secara beramai-ramai menjadi amalan biasa satu ketika dahulu.Begitu juga tabung khairat kematian diwujudkan di kampung-kampung bagi membantu waris atau tanggungan mana-mana ahli kariah yang meninggal dunia.Melalui tabung khairat kematian ini,ahli-ahli akan membayar sejumlah wang dan daripada wang terkumpul inilah hairat kematian akan dibayar kepada waris ahli yang malang itu.Sesungguhnya kaedah menyediakan bayaran bantuan dalam bentuk manfaat kewangan seumpama ini serta bersama-sama pula saling bertanggungjawab antara satu sama lain adalah selaras dengan tuntutan Islam.Oleh itu,sitem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans pada dasarnya mengikut ulama' adalah tidak bercanggah dengan Syariah.

Bagaiman Perniagaan Takaful dijalankan?

Di dalam perniagaan takaful,pemahaman definisi dan konsep takaful merupakan satu agenda yang penting.Ianya perlu diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah.

Dalam konteks ini,tiap-tiap peserta itu bersepakat bahawa jika ditakdirkan salah seorang daripada mereka menanggung kerugian atau kehilangan akibat dilanda oleh sesuatu musibah atau bencana yang telah mereka sama-sama tentukan terlebih dahulu jenis musibah atau bencana tersebut,mereka akan bersatu untuk membantu rakan peserta yang malang itu.Mengikut pakatan yang telah dipersetujui itu bantuan kepada peserta yang malang akan disediakan dalam bentuk manfaat kewangan.

Bagi membolehkan manfaat kewangan ini disediakan,peserta-peserta juga bersetuju untuk membayar atau mencarum sejumlah sumbangan wang secara tetap mengikut jangka masa yang tertentu.Daripada sumbangan inilah peserta-peserta akan dapat mewujudkan tabung atau kumpulan wang.Ini menunjukkan bahawa di bawah konsep takaful,satu kumpulan wang yang khusus akan diadakan oleh peserta-peserta.Tujuannya ialah bagi menyediakan kemudahan manfaat kewangan sebagai abntuan kepada mana-mana ahli yang benar-benar memerlukannya bagi meringankan eban yang terpaksa ditanggung akibat ditimpa musibah atau bencana yang tertentu pula.

Mengikut pengertian yang sebenarnya,takrif takaful yang lebih tepat dan sesuai bagi menerangkan sistem insurans secara Islam kerana falsafah,prinsip dan operasinya adalah berbeza dengan insurans konvesional.Ungkapan takaful yang digunakan bukanlah sebagai jalan pintas hendak menukar istilah atau rekaan yang dibuat-buat semata-mata untuk mempergunakan perkataan takaful dengan tujuan hendak mengislamkan operasi insurans.

Secara amnya,objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvesional.Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan orang yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.Melalui cara ini orang yang dilanda malang itu akan mendapat manfaat perlindunagn yang biasanya berupa sejumlah wang.dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat diringankan.









sumber rujukan:Buku Asas Takaful






Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..akhirnya menjadi juga blog ini,walaupun tidak seberapa..ucapan tahniah buat diri ini..dan ucapan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang banyak membantu dan memberi idea..jazakallahu khairan jazak~..semoga usaha kalian dibalas oleh ALLAH..saya insan yang baru dalam dunia ini,harap dapat memberi tunjuk ajar..saya menulis bukan untuk memberitahu tetapi untuk berkongsi,moga dengan sedikit perkongsian dapat kite amalkan sesame intuk merubah kehidupan kite..tiada siapa dapat mengubah kehidupan kite melainkan diri kite sendiri..saya rasa cukup sekadar itu sebagai pengenalan..syukran alla' kulli hal~..:).